Tuesday, September 6, 2022

💖 Tahukah anda kelebihan Habbatus Sauda 💖

Secara Saintifik dikenali sebagai Nigella Sativa. Sejenis tumbuhan berbunga (magnoliphyta atau angiosperm) secara tahunan yang tumbuh di bahagian Selatan dan Barat Daya benua Asia. 


Sejak zaman purba lagi dipercayai biji dan minyak daripada habbatus sauda dapat menghindari daripada penyakit yang dihadapi mereka. Malah mereka percaya tiada kesan sampingan kerana dalam habbatus sauda mempunyai khasiat yang meluas. 


Tiga bahan kimia asli yang ada pada habbatus sauda iaitu thymoquinone (TQ), thymohydroquinone (THQ) dan thymol. Selain itu juga mengandungi kalsium, serat, zat besi, kalium, protein, karbohidrat dan kandungan lemak yang sihat.


Kebaikan habbatus sauda itu sendiri dapat membantu mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan dan berkesan untuk mengurangkan sinusitis akut ataupun resdung. Selain itu juga, dalam Jurnal Akademi Dematologi dan Venereologi Eropah kajian mendapati minyak biji habbatus sauda menunjukkan peningkatan dalam kualiti hidup dan penurunan tahap ekzema.

Nak tau tak, gabungan inovasi tradisional, sunnah dan sains ini, menghasilkan Minyak Herba Asmak yang berkualiti tinggi. Semua tu ada dalam Minyak Herba Asmak😊


No comments:

Kebaikan Lemon 🍋

   Tinggi Vitamin C – Lemon kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun badan dan melawan jangkitan.  Menyegarkan badan – M...