Friday, October 7, 2022

Petua legakan batuk dalam masa sehari



Pernah tak anda alami batuk dalam tempoh yang lama sehingga berbulan-bulan? Memang menyeksakan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun terganggu.

Walaupun dah cuba pelbagai ubat tak tak juga sembuh dan tak juga lega. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh cuba perkongsian ini.

Hanya menggunakan dua bahan utama iaitu bawang putih dan juga madu yang mana ia memang diketahui berkesan dalam merawat masalah batuk.

Kalau rawatan kena atau serasi, tak mustahil batuk yang berbulan-bulan ini reda dalam tempoh sehari. Malah tak salah kalau nak mencuba sebab bahan-bahan yang digunakan semula jadi dan selamat.

Bahan-bahan:

  • 3 – 4 ulas bawang putih – dikupas dan dicincang halus.
    1 cawan madu

Cara membuat:

  • Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu.
  • Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.

Cara pengambilan:

  • Selepas 3 jam, dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam

Manfaat bawang putih untuk batuk:

Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.

Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.


Untuk kesan terbaik, boleh gunakan madu asli keluaran Asmak yang dipercayai dan sememangnya asli dari ladang. 

utuk info lanjut, boleh hubungi 01116187664 (Asmak Sabah)




Sumber:
Facebook : Azliza Talib
Instagram : @ivlizzbeauty

No comments:

Kebaikan Lemon 🍋

   Tinggi Vitamin C – Lemon kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun badan dan melawan jangkitan.  Menyegarkan badan – M...