Sunday, November 13, 2022

Ada Banyak Khasiat Habbatus Sauda, Tapi Yang 5 Ini Paling Popular!



Habbatus sauda telah digunakan secara meluas sejak ribuan tahun dahulu untuk pelbagai tujuan, antaranya sebagai penawar diabetes dan kanser. Ia juga dikatakan amat berkesan untuk membantu menurunkan berat badan.

Habbatus sauda boleh diambil secara oral atau disapu pada kulit. Malah, ia sering digunakan secara tradisional untuk merawat sakit kepala, masalah pencernaan dan banyak lagi.

1. Dapat menurunkan tekanan darah tinggi

Habbatus sauda telah lama digunakan sebagai rawatan hipertensi. Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Hypertension pada tahun 2016, minyak habbatus sauda dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.


2. Sesuai untuk pesakit diabetes

Antara manfaat habbatus sauda ialah kemampuannya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2019 dan dimuatkan dalam jurnal International Journal of Environmental Research and Public Health mencadangkan, pengambilan minyak pati habbatus sauda mungkin dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan rintangan insulin badan.

Malah, kajian ini juga memungkinkan penggunaan habbatus sauda sebagai rawatan untuk pesakit diabetes jenis 2 di samping rawatan sedia ada.

Cara terbaik untuk mengamalkan pengambilan habbatus sauda adalah dengan mencampurkannya dengan air.

Bagi pesakit diabetes, anda boleh cuba minum air habbatus sauda ini ketika perut kosong untuk mengurangkan kadar gula dalam darah.

3. Khasiat habbatus sauda untuk penghidap asma

Bagi penghidap asma yang menderita dengan simptom seperti batuk, bersin dan sesak nafas, habbatus sauda mungkin dapat membantu.

4. Dapat membantu menurunkan berat badan

Khasiat habbatus sauda dalam kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang asing.

Bagi mereka yang ingin mencuba air habbatus sauda, cuba rendamkan 2 sudu kecil herba ini ke dalam air. Kemudian, air tersebut bolehlah diminum.

5. Khasiat habbatus sauda untuk kulit lebih cantik

Inginkan kulit yang lebih sihat dan cantik? Cuba amalkan air rendaman habbatus sauda setiap hari!

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Dermatology and Dermatologic Surgery, individu yang mengambil habbatus sauda mempunyai kulit yang lebih sihat dan kurang jerawat.

Malah, disebabkan sifat antibakterianya, habbatus sauda juga dapat mengurangkan inflamasi dan juga mempercepatkan penyembuhan kulit!

Untuk mendapatkan habatussauda Asmak, boleh hubungi 01116187664 (Asmak Sabah)

sumber: hellodoktor




No comments:

Kebaikan Lemon 🍋

   Tinggi Vitamin C – Lemon kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun badan dan melawan jangkitan.  Menyegarkan badan – M...