
Terdapat tiga khasiat omega 3 & 6 di dalam minyak zaitun untuk bayi;

Menyamai kandungan lemak di dalam susu ibu.

Mengandungi acid linoleic yang merupakan bahan utama untuk pembentukan saraf serta perkembangan otak.

Membantu melancarkan fungsi usus dan menghalang sembelit serta berangin.

Penyerapan vitamin D memberikan faedah bagi bayi dan kanak-kanak membesar;

Mengawal kalsium dan phosphorus dan meransang mineral yang diperlukan di dalam tubuh untuk membentuk tulang. Ini menghalang tulang patah di awal usia dan tulang reput di usia tua.
.

Merendahkan risiko asthma bagi ibu mengandung yang sentiasa beramal dengan minyak zaitun berkualiti tinggi.

Ibu yang beramal dengan minyak zaitun kualiti tinggi ketika mengandung didapati bayi yang dilahirkan kuat sistem imunisasi, rendah risiko rhinitis (kerap demam selsema) dan allergik.
.

Menyembuhkan cradle cap bagi bayi dengan disapukan dikawasan yang terbabit.
.

Doktor-doktor di Italy menasihatkan bayi yang sudah berhenti minum susu badan untuk dicampurkan minyak zaitun kualiti tinggi di dalam semua hidangan serta dimasukkan sedikit di dalam susu formula mereka secara khusus bagi bayi yang berangin.
.

Semua khasiat di atas boleh diperolehi sebagaimana nasihat Dr Saverio Pandolfi :
" Diberikan sekurangnya satu sudu kecil minyak zaitun berkualiti tinggi setiap hari kepada bayi/kanak-kanak."
Credit to - Dr. Saverio Pandolfi, from the Italian Institute of plant Genetics.
No comments:
Post a Comment