Wednesday, November 16, 2022

Resipi jus halia bersama madu sihat dan sedap



MASIH tercari-cari resipi minuman yang sihat dan sedap?

Boleh cuba jus halia bersama madu ini. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan malah sangat sedap!

Jus ini diperbuat daripada bahan-bahan yang mengandungi banyak khasiat seperti lemon, halia dan madu.

Tiga bahan ini sahaja terbukti sudah mampu untuk membuat jus yang berkhasiat.

Antara khasiatnya adalah boleh keluarkan angin dalam badan, rendahkan paras kolesterol, turunkan berat badan dan sebagainya.

Jus ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira jantina lelaki atau perempuan.



Bahan-bahan;

  • 3 biji lemon
  • 6 inci halia
  • 3 cawan air
  • 3 cawan madu asli

Cara-cara membuatnya;

1. Potong lemon dan halia.

2. Rebus dalam periuk bersama tiga cawan air (750 ml).

3. Rebus hingga air tinggal separuh. Sejukkan, kisar dan campur tiga cawan madu asli (lebih kurang 250ml). Ikut cita rasa masing-masing.

3. Boleh juga dimasukkan ke dalam dan simpan dalam peti sejuk.


Boleh amalkan minum satu sudu pagi dan malam sebelum tidur.

Jika mahu lebih manis, tambah madu lagi ikut cita rasa masing-masing. 

Untuk lebih mudah, boleh guna madu halia Asmak untuk gabungan yang lebih mantap. 

Hubungi 01116187664 (Asmak Sabah)

No comments:

Kebaikan Lemon 🍋

   Tinggi Vitamin C – Lemon kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun badan dan melawan jangkitan.  Menyegarkan badan – M...